Banner created with MyBannerMaker.com

Selamat Datang Ke Blog Putraemas.. dan Rebutlah Peluang Keemasan Menjadi Agent Public Gold

“Simpanlah Sebahagian Dari Harta mu Untuk Kebaikan Masa Hadapan mu, Kerana Itu Jauh Lebih Baik Bagi mu.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Paparan ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui dan mempelajari rahsia pelaburan emas, pastinya anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Bagi mendalami perkara berkaitan keuntungan pelaburan emas, maka tuan/puan dicadangkan agar terus membaca semua artikel yang terdapat di dalam blog ini.

Sunday, September 26, 2010

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang amat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Mengapa Perlu Membeli Emas

Untuk pengetahuan anda emas merupakan pelaburan/simpanan yang amat baik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang. Sebagai contoh syiling Kijang Emas. Harga untuk 1 oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada Julai 2001 ialah RM 1082.00 dan pada Jun 2008 harganya ialah RM 3048.00!!. Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun dan purata kenaikan 25.95% setahun. Carta di bawah menunjukkan harga emas dunia 10 tahun dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini;

Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram). Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram). Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun 28.4% setahun. Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi iaitu sekitar 25-28% setahun.

Cara-Cara Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia

Terdapat beberapa cara Membuat pelaburan emas di Malaysia. Antaranya ialah:
1. Membeli emas di Kedai emas.
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank.
3. Membeli emas fizikal di UOB Bank.
4. Membuka akaun Simpanan Arahan Tabungan Emas di Maybank dan Bank Umum.
5. Membeli Dinar / Dinar Emas Kelantan.
6. Membeli syiling emas / Gold Bar Umum Fine Gold.

Artikel Baru cara Suami, anda akan mendapat beberapa Peluang Membuat pelaburan emas di Malaysia. Pilihlah mana anda berkenan Yang Satu.


Bagaimana Memulakan Pelaburan Emas

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas atau membuat pelaburan ialah sama ada anda suka emas fizikal atau tidak?. Ini adalah panduan asas semata-mata., anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak Institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, modal anda, cara bayaran sama ada tunai atau kredit kad, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

Panduan Pertama:

1. Emas Fizikal
Jika anda suka emas fizikal dan tiada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah;
i. Syiling Emas
ii. Gold Bar

Pilihan Pertama:
a. Syiling Kijang Emas (1 0z)
Modal yang tidak tinggi, emas kualiti 999.9, mudah dibeli dan dijual semula.

Pilihan kedua:
a. Syiling Emas UOB Bank (10z)
Boleh membeli syiling emas sama ada Canadian Gold Maple Leave, Australia Nugget, Singapore Gold Coin.

Pilihan ketiga:
a. Emas Syiling Public Bank
b. Gold Bar Public Bank
c. Gold Bar PAMP Suisse @ Poh Kong Bunga Raya
Kualiti emas 999.9 (24k). Bagi PAMP Suisse pula ia merupakan jenama terkenal di seluruh dunia dan mudah di diperolehi di Kedai emas.

Pilihan keempat:
a. Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Kos yang murah, emas kualiti 22k, mudah dibeli dan dijual semula.

2. Emas Bukan Fizikal
Jika anda Berminat Artikel Baru risau regular tidak teratur emas atau emas Hilang fizikal, anda melabur Artikel Baru Boleh Membuka akaun Simpanan emas di Public Bank atau Maybank.
Terdapat 2 jenis dan akaun Simpanan dan emas di Malaysia iaitu;
i. Public Bank Gold Investment Account
ii.Maybank Gold Saving Passbook Account

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas

Kaedah pertama:
Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Kijang Emas, Dinar Emas, Syiling Emas UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya dan Pamp Suisse Gold Bar kemudian simpan. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik di bank atau di kedai emas bagi mendapatkan keuntungan.

Kebaikan: Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada pembeli yang berminat dan anda boleh menambah profit lagi.

Kelemahan: Jika anda ingin menggunakan kaedah 'beli harga rendah dan jual harga tinggi' untuk jangkamasa pendek tidak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas ini 'hot product' dan selalu kehabisan stok serta sukar untuk mendapatkannya.

Kaedah kedua:
Buat pinjaman bank antara 5 ke 10 tahun dan beli syiling emas 10 oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas UOB atau Dinar Emas.

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak dan keuntungan pun banyak juga. Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga pinjaman selesai. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan 'cover' duit pinjaman dan akan berikan anda keuntungan.

Kaedah ketiga:
Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia. Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah ini. Caranya ialah membeli emas pada harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik. Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka, anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.

Kebaikan:
1. Tidak ada masalah stok habis
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia.
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang, emas akan naik harga. Cepat atau lambat, tetap akan untung

Kelemahan:
1. Kena pandai baca 'timing', bila nak beli dan bila nak jual. Anda perlu peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan.

Bila anda sudah mahir 'timing' anda akan mendapat keuntungan berganda. Namun begitu bergantung pada modal juga.