Banner created with MyBannerMaker.com

Selamat Datang Ke Blog Putraemas.. dan Rebutlah Peluang Keemasan Menjadi Agent Public Gold

“Simpanlah Sebahagian Dari Harta mu Untuk Kebaikan Masa Hadapan mu, Kerana Itu Jauh Lebih Baik Bagi mu.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Paparan ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui dan mempelajari rahsia pelaburan emas, pastinya anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Bagi mendalami perkara berkaitan keuntungan pelaburan emas, maka tuan/puan dicadangkan agar terus membaca semua artikel yang terdapat di dalam blog ini.

Sunday, September 26, 2010

Bagaimana Memulakan Pelaburan Emas

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas atau membuat pelaburan ialah sama ada anda suka emas fizikal atau tidak?. Ini adalah panduan asas semata-mata., anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak Institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, modal anda, cara bayaran sama ada tunai atau kredit kad, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

Panduan Pertama:

1. Emas Fizikal
Jika anda suka emas fizikal dan tiada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah;
i. Syiling Emas
ii. Gold Bar

Pilihan Pertama:
a. Syiling Kijang Emas (1 0z)
Modal yang tidak tinggi, emas kualiti 999.9, mudah dibeli dan dijual semula.

Pilihan kedua:
a. Syiling Emas UOB Bank (10z)
Boleh membeli syiling emas sama ada Canadian Gold Maple Leave, Australia Nugget, Singapore Gold Coin.

Pilihan ketiga:
a. Emas Syiling Public Bank
b. Gold Bar Public Bank
c. Gold Bar PAMP Suisse @ Poh Kong Bunga Raya
Kualiti emas 999.9 (24k). Bagi PAMP Suisse pula ia merupakan jenama terkenal di seluruh dunia dan mudah di diperolehi di Kedai emas.

Pilihan keempat:
a. Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Kos yang murah, emas kualiti 22k, mudah dibeli dan dijual semula.

2. Emas Bukan Fizikal
Jika anda Berminat Artikel Baru risau regular tidak teratur emas atau emas Hilang fizikal, anda melabur Artikel Baru Boleh Membuka akaun Simpanan emas di Public Bank atau Maybank.
Terdapat 2 jenis dan akaun Simpanan dan emas di Malaysia iaitu;
i. Public Bank Gold Investment Account
ii.Maybank Gold Saving Passbook Account

No comments:

Post a Comment