Banner created with MyBannerMaker.com

Selamat Datang Ke Blog Putraemas.. dan Rebutlah Peluang Keemasan Menjadi Agent Public Gold

“Simpanlah Sebahagian Dari Harta mu Untuk Kebaikan Masa Hadapan mu, Kerana Itu Jauh Lebih Baik Bagi mu.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Paparan ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui dan mempelajari rahsia pelaburan emas, pastinya anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Bagi mendalami perkara berkaitan keuntungan pelaburan emas, maka tuan/puan dicadangkan agar terus membaca semua artikel yang terdapat di dalam blog ini.

Sunday, September 26, 2010

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas

Kaedah pertama:
Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Kijang Emas, Dinar Emas, Syiling Emas UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya dan Pamp Suisse Gold Bar kemudian simpan. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik di bank atau di kedai emas bagi mendapatkan keuntungan.

Kebaikan: Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada pembeli yang berminat dan anda boleh menambah profit lagi.

Kelemahan: Jika anda ingin menggunakan kaedah 'beli harga rendah dan jual harga tinggi' untuk jangkamasa pendek tidak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas ini 'hot product' dan selalu kehabisan stok serta sukar untuk mendapatkannya.

Kaedah kedua:
Buat pinjaman bank antara 5 ke 10 tahun dan beli syiling emas 10 oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas UOB atau Dinar Emas.

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak dan keuntungan pun banyak juga. Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga pinjaman selesai. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan 'cover' duit pinjaman dan akan berikan anda keuntungan.

Kaedah ketiga:
Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia. Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah ini. Caranya ialah membeli emas pada harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik. Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka, anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.

Kebaikan:
1. Tidak ada masalah stok habis
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia.
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang, emas akan naik harga. Cepat atau lambat, tetap akan untung

Kelemahan:
1. Kena pandai baca 'timing', bila nak beli dan bila nak jual. Anda perlu peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan.

Bila anda sudah mahir 'timing' anda akan mendapat keuntungan berganda. Namun begitu bergantung pada modal juga.

No comments:

Post a Comment